Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BND38,500.00 bantu meringankan mangsa kebakaran

SUMBANGAN DERMA WEBSITE.png

​Sehubungan itu, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Goh King Chin juga menyampaikan sumbangan derma kepada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, selaku Pengerusi Bersama Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam.

Majlis penyampaian derma bejumlah BND27,000 itu berlangsung di bilik VIP, ruang legar Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapang Terbang Lama, di sini.

Pada majlis itu, Setiausaha Tetap KHEDN seterusnya menerima sumbangan-sumbangan derma dari Awang Nazeer Ahmed Zackiriah, selaku Yang Dipertua Dewan Perniagaan India serta Badan-Badan Peniaga India yang lain terdiri dari Sifana Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), Pustaka Remaja Sdn. Bhd., Samima Sdn. Bhd., Bismi Trading Sdn. Bhd., Raimmar Sdn. Bhd. dan Chop Teck Guan.

Sumbangan-sumbangan derma itu berjumlah BND11,500 dan menjadikan jumlah keseluruhan derma yang diterima hari ini sebanyak BND 38,500.00.

Dengan adanya sumbangan derma ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang ditimpa musibah kebakaran pada 7 Disember yang lalu.

 

Created at 08/02/2017 16:07 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 08/02/2017 16:12 by Hasnani binti Hj Md Noor