Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam

DSC_2499.JPG

Hadir selaku Tetamu kehormat pada pagi ini ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Majlis menaikkan bendera besar bagi Daerah Brunei dan Muara dimulakan dengan upacara perbarisan lalu yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Ihsan Sabri bin Haji Abdul Manap, Pemangku Penolong Pegawai Daerah dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Kadet Polis Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan seramai 33 orang pembawa bendera Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari Program Belia Cinta Tanahair, penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Tetamu Kehormat dan seterusnya menyerahkan bendera kepada Polis Diraja Brunei bagi upacara menaikkan bendera dengan diiringi lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan oleh koir Sekolah Menengah Berakas bersama pancaragam Kadet Polis jabatan pendidikan Kokurikulum dengan disaksikan oleh Tetamu Kehormat dan para jemputan yang terdiri daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampong, sejurus saja selesai Majlis Menaikkan bendera Besar, Tetamu kehormat Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara mengagih-agihkan bendera-bendera Negara Brunei 

Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada yang mengambil bahagian bagi acara menaikkan dan pengagihan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 33 tahun 2017.

Turut hadir dimajlis pagi ini ialah  Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampong serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.


Created at 18/02/2017 14:46 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 18/02/2017 14:46 by Hasnani binti Hj Md Noor