Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

KHEDN.jpg

Turut menyertai rombongan seramai 285 orang berkenaan ialah ahli majlis-majlis perundingan mukim dan kampung.

Rombongan diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Majlis juga disertai oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, ketua- ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin seterusnya diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Malik bin Haji Jumat.Majlis berkenaan merupakan program tahunan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan lagi suasana dan melipat gandakan pahala dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Created at 23/05/2018 09:38 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 23/05/2018 10:21 by Hasnani binti Hj Md Noor