Majlis telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara selaku ketua rombongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong di Daerah Brunei dan Muara.
Acara dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib dan diikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan Dikir Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong beserta Ahli-Ahli Takmir Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjong Bunut, Daerah Brunei dan Muara.
Majlis Dikir rombongan Jabatan Daerah Brunei dan Muara adalah kesinambungan rombongan jabatan ini ke masjid-masjid dalam sama-sama menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam.