Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam

hk35.jpg

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 bagi Daerah Brunei dan Muara di dahului dengan perbarisan masuk Program Belia Cinta Tanah Air. Majlis dimulakan dengan bacaaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Musa bin Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong. Seterusnya penyerahan bendera kebangsaan oleh Tetamu Kehormat kepada Wakil Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara yang seterusnya menaikkan bendera dengan di iringi nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang dinyanyikan oleh Pasukan Koir Suara Anak Seni, Mukim Gadong dan pencaragam Pasukan Kadet Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei, Jabatan Kokurikulum.

Tetamu Kehormat kemudian menyampaikan pengagihan bendera kebangsaan Negara Brunei Darusalam kepada lima belas (15) Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara yang diiringi oleh Ketua-Ketua Kampong masing-masing dan seterusnya menyampaikan Sijil-Sijil Penghargaan kepada wakil Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Pasukan Kadet Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei, Program Belia Cinta Tanah Air dan Pasukan Koir Suara Anak Seni. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Musa bin Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong.

Antara yang hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awang Haji Maidin bin Mustapa, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampong daerah Brunei dan Muara serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.


Created at 16/02/2019 14:58 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 16/02/2019 14:59 by Hasnani binti Hj Md Noor