Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

EXPO JUALAN POTENSI DAERAH 2019 KALI KE-2 DENGAN KERJASAMA JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA, BAHAGIAN REINTEGRASI JABATAN PENJARA, JAWATANKUASA AFTERCARE DAN DISOKONG SEPENUHNYA OLEH RIZA GROUP

IMG_0263.JPG


Tujuan expo ini diadakan ialah untuk memberikan peluang dan pembantu pengusaha-pengusaha  1 Kampung 1 Produk (1K1P), Rakan Seliaan dan semua pihak yang terlibat dalam mempromosikan produk masing-masing bagi menjana pendapatan dan meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Expo ini juga diadakan sempena musim cuti persekolahan dan menggalakkan orang ramai bebelanja di negara ini.

Majlis Pelancaran Expo Jualan Potensi Daerah 2019 Kali Ke-2 yang diungkayahkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara, Jawatankuasa Aftercare dan disokong sepenuhnya oleh Riza Group dilangsungkan petang tadi oleh Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Expo Jualan Potensi Daerah 2019 Kali Ke-2 ini dibuka bagi kunjungan orang ramai mulai 28 November 2019 hingga 9 Disember 2019 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di kawasan Letak Kereta Bangunan Rimba Point Gadong.


Created at 02/12/2019 10:12 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 02/12/2019 10:12 by Hasnani binti Hj Md Noor