Hadir bagi menyampaikan derma tersebut ialah Yang Mulia Awang Md Amirul Hadi bin Haji Md Tajudin, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Penyampaian diserahkan kepada Awang Teck Kai berumur 73 tahun & Isteri Beliau Dayang Ting Siew Leong berumur 69 tahun. Kejadian kebakaran banglow telah berlaku pada hari Jumaat, 09 Oktober 2020 pada jam 6.00 petang bertempat berdekatan dengan flat pangsa Kampung kianggeh yang dihuni oleh sepasang suami isteri warga emas tersebut.