Sesi taklimat diadakan adalah untuk memupuk kefahaman, kesedaran dan kemahiran mengenai bahaya dadah dalam kalangan Pegawai pegawai dan kakitangan termasuk penerangan mengenai peruntukkan undang-undang yang mengawal kesalahan-kesalahan di bawah Akta penyalahgunaan dadah, Penggal 27. Taklimat berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 100 kakitangan dalam Jabatan ini dan taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Zulhamaizi bin Haji Hamid, Pegawai Narkotik Kanan 11.