Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Awang Haji Mahir bin Mohd Yusof, Pemangku Penghulu Mukin Berakas B dan juga Ketua Kampung Kawasan 3 RPN Lambak Kanan dan kemudian Tetamu Kehormat menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Menaikkan Bendera dengan diiringi Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan selepas itu beredar masuk ke Dewan Teater bagi Pengagihan Bendera-Bendera dan penyampaian sijil penghargaan kepada Penghulu-Penghulu, Persatuan-Persatuan, Pihak-Pihak Swasta dan NGO.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara, Wakil Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei, Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Ko-Kurikulum, Universiti-Universiti Brunei, Persatuan-Persatuan, Ketua Pegawai Datastream Digital DST, Pegawai Eksekutif Progresif Cellular Sendirian Berhad, Royal Brunei, Dewan Perniagaan India, serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.