Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BAGI MUKIM BERAKAS ‘A’ DAN DISELAJURKAN DENGAN MAJLIS BERBUKA PUASA

3mei.jpg

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku wakil peribadi Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa Arwah  dan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Mahir bin Mohd Yusof, Pmk. Penghulu Mukim Gadong 'B' / Ketua Kampong Kawasan 3, RPN Lambak Kanan, dan kemudian Tetamu Kehormat serta penderma-penderma yang budiman menyerahkan derma serta penyampaian hadiah cenderahati kepada anak-anak yatim dan seterusnya berbuka puasa.

Acara ini diungkayahkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama penderma-penderma daripada Syarikat-Syarikat Swasta dan Persendirian yang terdiri daripada Mr.Chong Ain Hong, Mr. William Ngui Poh, Mr.Firoz Khan Namroz Khan, Mr.Lim H.G Stanley, Mr.Thomas Koh, Mr.Hung Ah Hing bertujuan untuk membantu keperluan Anak-Anak Yatim dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri serta meraih pahala dan ganjaran dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Turut hadir Yang Mulia Awang Misle bin Haji Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awg. Mohd Amirol Hadi bin Hj Md Tajudin, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.


Created at 07/06/2021 10:23 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 07/06/2021 10:23 by Hasnani binti Hj Md Noor