Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun ke-70 Kampung Bunut Perpindahan anjuran Majlis Perundingan Kampung Bunut Perpindahan

Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Bunut Perpindahan, Haji Durahim bin Hassan.

Bacaan surah Yasin telah diketuai oleh Awang Nazri bin Haji Karim manakala bacaan tahlil dipimpin oleh Awang Mohd Waqiyuddin bin Haji Damit dan Doa Tahlil dibacakan oleh Awang Ibnu Said bin Haji Alim Saidi.

​​​Sementara itu bacaan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Awang Fakirin bin Dato Paduka Haji Zainal.

Acara tersebut merupakan sebagai memperingati detik sejarah Kampung Bunut Perpindahan yang mencapai usia 70 tahun di mana ia merupakan rancangan perpindahan yang ulung bagi Negara Brunei Darussalam iaitu rancangan perpindahan dari kampung air ke darat.

Bersempena ulang tahun ke-70 Kampung Bunut Perpindahan, akan diadakan Hari Keluarga di kawasan lapang dan padang Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut pada 2 hingga 4 Disember nanti.


Created at 24/11/2022 16:01 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 24/11/2022 16:01 by Hasnani binti Hj Md Noor