Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampong RPN Rimba Kawasan 4, Mukim Gadong ‘A’.

RPN RIMBA.jpg

​Beliau memperoleh kelulusan Diploma Kebangsaan dalam Kejuruteraan Automotif dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal pada Tahun 1999. Sebelumnya, beliau bersara dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan pangkat Kapten dan pada ketika ini memangku jawatan Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Rimba, Mukim Gadong 'A'. 

Awang Haji Julkepli dicadangkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato Paduka Seri Awang Zainuddin bin Jalani serta disokong oleh Awang Haji Halim@Haji Zaini bin Haji Abdullah selaku penyokong pertama dan Awang Ali Hassan bin Mohd. Said selaku penyokong kedua. 

Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad semasa menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan menjelaskan seorang ketua kampung berkenaan hendaklah mempunyai perwatakan dan kewibawaan yang tinggi selaku pemimpin masyarakat kampung serta mempunyai beberapa ciri khusus seperti amanah, adil, berakhlak, bersikap sabar dan pemaaf, berilmu, bersikap As-Siddiq (benar), mempunyai kemampuan dan kekuatan (kesihatan) untuk memimpin dan mencapai hasrat serta wawasan ke arah membangunkan dan memajukan kampung. 

''Perlu diingat Ketua Kampung mempunyai tanggungjawab yang besar dan memegang amanah bukan sahaja amanah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahkan juga amanah para penduduk kampung yang akan ditadbir nanti,'' tambahnya. Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung berkenaan akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bagi proses selanjutnya.

Created at 24/11/2022 16:14 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 24/11/2022 16:14 by Hasnani binti Hj Md Noor