Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA)

kupon do.jpg

Bermula Tahun Ini, Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Melalui System Kebajikan Negara (SKN) Akan Menerima Bantuan Mereka Dari Agensi-Agensi Yang Lain, Sama Ada Melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Ugama Islam Brunei Dan Agensi-Agensi Lain Yang Berkenaan.Pendekatan Ini Adalah Bagi Mengelakkan Duplikasi Dalam Menghulurkan Sumbangan Dan Menyusun Aktiviti Dan Projek Yang Baharu Dan Efektif.

Seramai 1,435 Orang Iaitu Merupakan Sebahagian Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Si Secretariat DANA Akan Menerima Sumbangan Kupon Yang Bernilai Sebanyal BND70.00. Nilai Keseluruhan Kupon Yang Disumbangkan Kepada 1,435 Orang Anak Yatim Pada Majlis Ini Berjumlah BND100,450.00.

Sumbangan Tersebut Telah Disampaikan Oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin Bin Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA Kepada Pegawai-Pegawai Daerah Dari Ke Empat-Empat Daerah.

  • Yang Mulia Awang Misle Bin Hahi Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei Dan Muara Telah Menerima Kupon DANA Untuk Seramai 961 Orang;
  • Yang Mulia Awang Mohammad Yassin Bin Haji Ahmed, Wakil Pemangku Pegawai Daerah Belait Telah Menerima Kupon DANA Untuk Seramai 169 Orang;
  • Yang Mulia Awang Mohammad Adi Asnawi Bin Haji Adanan, Wakil Pegawai Daerah Tutong Telah Menerima Kupon DANA Unuk Seramai 220 Orang;

  • Yang Mulia Awang Ajimin Bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Temburong Telah Menerima Kupon DANA Untuk Seramai 85 Orang.

Created at 27/12/2022 15:50 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 27/12/2022 15:50 by Hasnani binti Hj Md Noor