MUKADIMAH
UNIT KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
Unit ini mula ditubuhkan pada 1 Januari 2007. Jabatan Daerah Brunei dan Muara melihat perlu diadakan unit ini memandangkan selama ini belum ada Bahagian atau Unit yang dipertanggungjawabkan bagi menyelaras setiap aduan yang dihadapkan ke Jabatan ini. Dengan tertubuhnya unit ini akan dapat menjadi pemantau, penyelaras dan penghubung kepada mana-mana bahagian atau unit baik dalam Jabatan atau luar Jabatan.
OBJEKTIF
UNIT KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
Objektif unit ini ditubuhkan bagi menyelaras setiap aduan
yang dihadapkan
kepada Jabatan dapat
dilaksanakan dengan sempurna, berkesan dan teratur.
Semua aduan yang diadukan sama
ada melalui Penghulu Mukim, Ketua Kampong, Jabatan Kerajaan,
Media atau orang perseorangan dapat diambil
tindakan. Aduan diterima
sama ada melalui telefon, persuratan dan perjumpaan.
TANGGUNGJAWAB
UNIT KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
- Menerima sebarang aduan daripada orang ramai sama ada melalui:
- Perjumpaan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara
- Ketua Kampong atau Penghulu Mukim
- Persuratan
- Media cetak
- Media Massa (WhatsApp, Facebook dan sebagainya)
- Selaku Urusetia Jawatankuasa Kumpulan Kerja Penyiasat Daerah bagi Bantuan Perumahan Golongan Daif, Fakir dan Miskin di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri.
- Selaku Urusetia Jawatankuasa Pusat Pengurusan Bencana Daerah.
- Selaku Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG)
- Selaku Ahli Jawatankuasa Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Kebangsaan (National Oil Spill Contingency Plan - NOSCOP)
Selaku Ahli Jawatankuasa Prosedur Tetap Operasi Bencana Kebangsaan (National Standard Operating Procedure - NaSOP)