Sign In
Web Creator

Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah

​Peranan Kemajuan dan Pembangunan Daerah​​

  • ​​Merancang, menyediakan dan memelihara kemudahan asas seperti Jalan-Jalan Kecil, Jambatan-Jambatan, Dewan-Dewan, Gerai dan Pasar bagi kemudahan orang ramai. 
  • Mewujudkan kegiatan-kegiatan gotong-royong dikalangan penduduk-penduduk Kampong sebagai perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang erat seperti Pembinaan Jambatan gotong-royong dan pengutipan sampah di Kampong Ayer.
  • Meningkatkan Sosio-Ekonomi penduduk-penduduk Kampong melalui penyediaan gerai-gerai dan pasar-pasar serta Pembinaan Dewan Kemasyarakatan.​

​​​​Unit Dibawah Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah

  1. ​Unit Kemajuan dan Perkembangan Projek​
  2. Unit Kemajuan Tanah dan Bangunan​
  3. Unit Pasar dan Gerai​
  4. Unit Bengkel dan Kenderaan​
  5. Unit Jalan Kecil​
  6. ​Unit Bangunan & Kawasan​

Unit Kemajuan dan Perkembangan Projek

Tugas dan tanggungjawab:

  • ​Merancang projek jangka pendek dan panjang Jabatan ini.
  • Melaksanakan projek-projek Jabatan:
    • Rancangan Kemajuan Negara (RKN).
    • Peruntukan Khas.
    • Peruntukan Berulang-Ulang.
  • ​Memprosis dan mengeluarkan surat kebenaran tawaran kepada pemborong yang Berjaya.
  • Memantau dan membuat laporan kemajuan projek-projek Jabatan dari masa ke semasa.
  • Membuat sokongan pembayaran Projek kepada penender-penender.

Unit Pasar dan Gerai

Tugas dan tanggungjawab:

  • ​Memprosis dan mempertimbangkan permohonan bangku Pasar dan Gerai.
  • ​Mengawasi kehadiran penjaja-penjaja Pasar dan Gerai dari masa ke semasa.
  • Memantau bayaran sewa bangku Pasar dan Gerai.
  • Mengeluarkan surat amaran kepada penjaja-penjaja mengenai bayaran bangku yang tertunggak.
  • Mengeluarkan surat amaran pembatalan kepada penjaja-penjaja yang gagal memenuhi syarat-syarat penyewaan gerai.​

Unit Kemajuan Tanah dan Bangunan

Tugas dan tanggungjawab:

  • ​Memproses permohonan baru seperti:
    • ​Joint Inspection dengan jabatan-Jabatan berkenaan.​
    • Pembinaan rumah baru, menambah dan pengubahsuai rumah.​
    • Lesen Tumpang Sementara (LTS).​
    • Memotong​, Menimbok dan meratakan tanah serta mengalih anak sungai.​
    • Gantian tanah, pemecahan dan penyatuan tanah.​
    • Cadangan tapak bagi projek-projek kerajaan.​

Unit Bengkel dan Kenderaan

Tugas dan tanggungjawab:

  • ​Menguruskan dan Mentadbir Unit Bengkel sentiasa dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
  • Memulihkan kenderaan darat dan laut serta jentera berat sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
  • Memberi bantuan kerjasama kepada Bahagian dan unit-unit dibawahnya bagi melaksanakan kerja-kerja Jabatan ini.
  • Memastikan tempahan kenderaan mengikut yang dipinta secara teratur.

Unit Jalan Kecil

Tugas dan tanggungjawab:

  • Membina dan memelihara Jalan-Jalan Kecil di kawasan luar Bandar.
  • Memastikan jalan-jalan kecil Daerah dalam keadaan baik, selesa dan selamat.
  • Memberi bantuan batu kepada pemohon yang memenuhi syarat.
  • Mensahkan pembayaran dan pembekalan batu-batu ke jalan-jalan kecil Daerah teratur.