DAERAH BRUNEI DAN MUARA – Ahad, 15 Zulkaedah 1447H bersamaan 03 Mei 2026M, telah berlangsung Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong yang telah mengambil tempat di Dewan Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin, Muara.

Calon tunggal bagi pengundian dan pemilihan Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong ialah Yang Mulia Muhammad Zurkarnain bin Haji Ibrahim telah mendapat sebanyak 44 undian.