DAERAH BRUNEI DAN MUARA – Khamis, 26 Zulkaedah 1447H bersamaan 14 Mei 2026M, telah berlangsungnya Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 bagi Tahun 2026 Peringkat Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 bagi Tahun 2026 Peringkat Daerah Brunei dan Muara.

Turut hadir Ahli-Ahli Jawatankuasa Perayaan dan Pengerusi Bersama Acara-Acara Sampingan.