Sign In
Web Creator

Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77

Copy of BDAC.png

DAERAH BRUNEI DAN MUARA – 12 Zulhijjah 1444H bersamaan 1 Julai 2023, Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 bertempat di KawasanLapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,Bandar Seri Begawan.

Seterusnya Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Tahun telah berlangsung di perkarangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Dr. Awang Ang Swee Hui, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, dan Ketua-Ketua Kampong, wakil Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei, wakil dari Universiti- Universiti, wakil Persatuan-Persatuan, Pihak-Pihak Swasta dan NGO.


Created at 7/08/2023 11:28 PG by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 7/08/2023 11:28 PG by Hasnani binti Hj Md Noor
Berita Terkini