Bahagian Pentadbiran, Kewangan, dan StorFungsi Utama Unit Pentadbiran
- Pengawalan tindakan tatatertib menurut peraturan-peraturan yang sedia ada.
- Bertanggungjawab dalam mengumpul dan mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan dan penyata cuti.
- Bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja bergaji hari, kenaikan pangkat, penetapan jawatan, pengurniaan bintang/pingat kebesaran dan lain-lain.
- Mengaturkan dan penghantaran pegawai dan kakitangan untuk menghadiri kursus-kursus dan seminar-seminar dalam atau luar jabatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan perjawatan.
- Mengemaskinikan rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan.
Fungsi Utama Unit Kewangan- Menyediakan anggaran peruntukan tahunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara setiap tahun.
- Menguruskan hal ehwal kewangan/pembayaran gaji kakitangan bergaji bulan dan gaji hari.
- Menguruskan pembayaran elaun-elau pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara termasuk bayaran bonus.
- Membuat dan menyediakan purchase order dan seterusnya membuatkan pembayaran kepada syarikat-syarikat, jabatan-jabatan dan orang perseorangan melalui system tafis.
- Menyediakan perkhidmatan pembayaran bagi sewa-sewa petak-petak bangku kedai, pasar dan gerai-gerai yang di bawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
- Menerima kutipan hasil jabatan setiap hari waktu bekerja.
- Menyediakan serta memproses waran-waran seperti waran tambahan, waran pindah peruntukan, waran jabatan dan lain-lain.
Fungsi Utama Unit Stor
- Pembelian bagi tujuan stok jabatan & kegunaan serta merta dari bahagian-bahagian yang memerlukan melalui:
- Pembelian terus kepada pembekal bagi perbelanjaan di bawah $2000.
- Sebutharga bagi perbelanjaan yang lebih daripada $2000 sehingga $50,000.
- Tawaran bagi perbelanjaan $50,000 ke atas.
- Menerima barang-barang dari pembekal mengikut ketetapan dalam PO sebutharga dan lain-lain.
- Memastikan dan memriksa kualiti barangan yang diterima mengikut spesifikasi serta mengikut kuantiti yang dipesan.
- Memasukkan data ke dalam rekod stor (kad stok, bin kad, folio, inventori, guna habis dan lain-lain).
- Melengkapkan dokumen bagi tujuan pembayaran.
- Memantau prestasi pembekal-pembekal.
- Memastikan stok disimpan dalam keadaan selamat, bersih, tersusun dan terkawal.
- Memastikan keselamatan dan kebersihan bangunan stor dan ruang penyimpanan sentiasa terkawal.
- Memastikan keadaan suhu udara dan ventilasi di ruang penyimpanan sesuai dan selesa bagi pekerja dan stok barangan yang di simpan.
- Melakukan pemeriksaan stok setiap 6 bulan.
- Mengeluarkan stok mengikut pesanan pemohon/bahagian yang memerlukan menggunakan borang SIV dan lain-lain.
- Menerima dari pembekal dan terus mengeluarkannya kepada pemohon.
- Merekod & memposting barang yang dikeluarkan ke dalam binkad & kad stok serta computer.
- Memantau keadaan stok bagi pemesanan semula mengikut keperluan dan baki yang ada.
- Menyenaraikan keterangan barang-barang yang hendak dihapuskan (nama, jenis, harga, kuantiti, tarikh membeli, inventori dan lain-lain.
- Menghadapkan ke unit pengurusan hartabenda, bahagian mekanikal, DME, JKR bagi mendapatkan laporan teknikal.
|