FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN
Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan berperanan bagi membuat pemeriksaan dan memastikan semua peruntukan undang-undang serta peraturan yang diperuntukan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dikuatkuasakan, dipelihara dan dipatuhi seperti berikut:
- Perintah Establismen Kecantikan dan Kesihatan, 2016
- Miscellaneous Offences Act Cap 30 (Pindaan 2021), dan
- Akta Hiburan Awam, Penggal 181
PENTADBIRAN PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN
- Menguruskan permohonan baru/membaharui lesen EKK dan Arcade yang diterima melalui portal Onebiz.
- Menguruskan surat-surat dan fail-fail yang berkaitan dengan lesen dan peraturan.
- Memfailkan kes-kes bagi kompaun yang tidak berbayar.
- Menyemak kertas siasatan untuk difailkan ke mahkamah
PEMANTAUAN, PENYIASATAN DAN RISIKAN
- Membuat rondaan, pemantauan dan risikan bagi mana-mana kesalahan dan pelanggaran Akta-Akta dan peraturan menjalankan aktiviti perniagaan.
OPERASI PENGUATKUASAAN
- Menjalankan pemeriksaan dan serbuan dalam operasi-operasi secara berjadual atau berterusan
- Mengikuti operasi secara sendirian atau bersepadu bersama agensi Penguatkuasa Kerajaan atau Operasi Bersepadu jemputan oleh Agensi-agensi Penguatkuasa Kerajaan
- Menjalankan tindakan mengkompaun ke atas pesalah-pesalah dibawah Miscellaneous Offences Act Cap 30 (Pindaan 2021)
- Memberikan taklimat kepada orang ramai mengenai kepentingan isu kebersihan.