Bahagian Kemajuan dan Pembangunan DaerahPeranan Kemajuan dan Pembangunan Daerah
- Merancang, menyediakan dan memelihara kemudahan asas seperti Jalan-Jalan Kecil, Jambatan-Jambatan, Dewan-Dewan, Gerai dan Pasar bagi kemudahan orang ramai.
- Mewujudkan kegiatan-kegiatan gotong-royong dikalangan penduduk-penduduk Kampong sebagai perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang erat seperti Pembinaan Jambatan gotong-royong dan pengutipan sampah di Kampong Ayer.
- Meningkatkan Sosio-Ekonomi penduduk-penduduk Kampong melalui penyediaan gerai-gerai dan pasar-pasar serta Pembinaan Dewan Kemasyarakatan.
Unit Dibawah Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah
- Unit Kemajuan dan Perkembangan Projek
- Unit Kemajuan Tanah dan Bangunan
- Unit Pasar dan Gerai
- Unit Bengkel dan Kenderaan
- Unit Jalan Kecil
- Unit Bangunan & Kawasan
Unit Kemajuan dan Perkembangan Projek
Tugas dan tanggungjawab:
- Merancang projek jangka pendek dan panjang Jabatan ini.
- Melaksanakan projek-projek Jabatan:
- Rancangan Kemajuan Negara (RKN).
- Peruntukan Khas.
- Peruntukan Berulang-Ulang.
- Memprosis dan mengeluarkan surat kebenaran tawaran kepada pemborong yang Berjaya.
- Memantau dan membuat laporan kemajuan projek-projek Jabatan dari masa ke semasa.
- Membuat sokongan pembayaran Projek kepada penender-penender.
Unit Pasar dan Gerai
Tugas dan tanggungjawab:
- Memprosis dan mempertimbangkan permohonan bangku Pasar dan Gerai.
- Mengawasi kehadiran penjaja-penjaja Pasar dan Gerai dari masa ke semasa.
- Memantau bayaran sewa bangku Pasar dan Gerai.
- Mengeluarkan surat amaran kepada penjaja-penjaja mengenai bayaran bangku yang tertunggak.
- Mengeluarkan surat amaran pembatalan kepada penjaja-penjaja yang gagal memenuhi syarat-syarat penyewaan gerai.
Unit Kemajuan Tanah dan Bangunan
Tugas dan tanggungjawab:
- Memproses permohonan baru seperti:
- Joint Inspection dengan jabatan-Jabatan berkenaan.
- Pembinaan rumah baru, menambah dan pengubahsuai rumah.
- Lesen Tumpang Sementara (LTS).
- Memotong, Menimbok dan meratakan tanah serta mengalih anak sungai.
- Gantian tanah, pemecahan dan penyatuan tanah.
- Cadangan tapak bagi projek-projek kerajaan.
Unit Bengkel dan Kenderaan
Tugas dan tanggungjawab:
- Menguruskan dan Mentadbir Unit Bengkel sentiasa dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
- Memulihkan kenderaan darat dan laut serta jentera berat sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
- Memberi bantuan kerjasama kepada Bahagian dan unit-unit dibawahnya bagi melaksanakan kerja-kerja Jabatan ini.
- Memastikan tempahan kenderaan mengikut yang dipinta secara teratur.
Unit Jalan Kecil
Tugas dan tanggungjawab:
- Membina dan memelihara Jalan-Jalan Kecil di kawasan luar Bandar.
- Memastikan jalan-jalan kecil Daerah dalam keadaan baik, selesa dan selamat.
- Memberi bantuan batu kepada pemohon yang memenuhi syarat.
- Mensahkan pembayaran dan pembekalan batu-batu ke jalan-jalan kecil Daerah teratur.
|