DAERAH BRUNEI DAN MUARA – 14 Oktober 2023, Sesi Lawatan Kerja Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) ke Kampung Subok, Mukim Kota Batu.
Kedatangan Setiausaha Tetap telah disambut oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Zon 3 iaitu Ketua Kampung Subok, Timbalan Pengerusi MPK Subok dan Pegawai-Pegawai kanan Jabatan Daerah Brunei dan Muara di kediaman Yang Berhormat Zon 3, Awang Lawi bin Haji Lamat, Ketua Kampung Subok.