DAERAH BRUNEI DAN MUARA – 13 Ramadhan 1445H bersamaan 24 Mac 2024M,– Kembara Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 1445M/2024H anjuran Majlis Perundingan Kampung dan Biro Wanita Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri.
Majlis Kembara Ramadhan bermula dari rumah Pemangku Ketua Kampung dan beredar ke rumah-rumah penduduk kampung yang terpilih.
Sumbangan kepada 6 orang warga emas dan penduduk kampung yang kurang berkemampuan yang terpilih telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nizam bin Haji Julaihi, Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri.