Sign In
Web Creator

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Mukim Lumapas

Derma kasat.png

​DAERAH BRUNEI DAN MUARA – 19 Ramadhan 1445H bersamaan 30 Mac 2024M, Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Mukim Lumapas Sempena Bulan Ramadhan bertempat di Masjid Kampung Kasat.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Dato Seri Setia Doktor Ustaz Haji Jaafar bin Haji Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Mufti Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat
Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Pemangku ketua Kampung bagi Mukim Lumapas serta penduduk-penduduk Kampung Mukim Lumapas dan sekitarnya.


Created at 11/12/2024 3:58 PTG by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 11/12/2024 3:58 PTG by Hasnani binti Hj Md Noor
Berita Terkini