DAERAH BRUNEI DAN MUARA – 20 Ramadhan 1445H bersamaan 31 Mac 2024M, Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Kampung Sengkurong ‘A’, Kampung Sengkurong ‘B’, Kampung Tagap, Kampung Selayun dan Kampung Tanjung Nangka bagi Tahun 1445H/ 2024M bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyampaikan derma ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Urustadbir Perkhidmatan Awam.